Datuk Bandar Toronto, bandar terbesar di Kanada meletak jawatan selepas mengakui terlibat dalam hubungan sulit bersama seorang bekas kakitangan.
Dalam satu sidang akhbar, John Tory, 68 tahun mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya.